Archive for the ‘keli kanvas’ Category

h1

0102651849 –>NOMBOR PENIPU!!! JGN WT DEAL PAPE NGN NO NIH!!

May 6, 2010

Nampaknye bukan aku sorg jer dh terkena ngn mamat nih… yang CELAKA tu, baru2 ni aku dpt lagi msg dri mamat ni nk jual ikan.. Aku nk bgtau sape2 yg belum terkena.. mamat ni mula2 akan hantar msg cakap dia ada supply benih ke, keli matang ke ngn harga yang boleh dikategorikan murah.. kt aku dia ckp kolam dia kt melaka.. sg. udang kalu x silap.. siap bg salam dalam msg tu.. tp aku rase dia ni kafir!! aku mula2 x layan gk.. tp 3 kali msg dia tukar, makin lama harga makin murah.. bila dh minat, aku kol tnye cmne ape sume.. pastu dia mintak deposit.. hah..tu yg terkena aku.. mmg sial laa,aku lak time tuh stok tgh ciput.. mmbe2 pn xdpt nk support,so terpaksa laa.. tau2 kne tipu daa..

Tp aku rase mamat ni akan tukar nombor tpon len.. coz sblm nombor ni kuar, aku ada dpt gk msg ayat lbih kurang.. tp dari no 016.. so, sape2 ada info boleh lah letak kt blog ni k?

Advertisements
h1

PINDAH LA..

March 28, 2009

Salam sume.. skrg ni projek dh ok skit.. so, skrg ni aku akan pindah kolam ke LENGGENG.. nk wt besar skit.. so, kalu dlm tempoh 2-3 bulan ni aku x jwb blog jgn mare aa.. KT cnie nnt sume akan ada INSYA-ALLAH.. Pallet buatan sendiri ngn anak benih.. kualiti terbaik n TANPA WAS-WAS..

SALAM SUKSES!!! :p

h1

NAK IKLAN??

February 25, 2009

Kepada sesape yg nk letak komen berunsur iklan atau nk letak iklan kt blog ni.. boleh.. tapi rate adalah sebanyak rm35 sebulan.. TQ.. sebab byk compny serta org perseorangan ada tinggal komen berunsur iklan. dan ikut kn hit blog ni agak tinggi.. so, aku xleh nk bersikap “bias”..

h1

update

January 12, 2009

salam semua,
perghhh, dah lama rasanya tak tulis kt blog ni..
macam2 benda baru yg timbul.. so, sedikit update:

1) pallet :starter rm51, grower n finisher rm50.  Nanti kalu dah ada, aku upload gmbr palet tu..
2) benih boleh tgk kt komen2 yg ada.. tp setakat ni,
aku boleh dapat harga keli 1 inci rm0.055, min 50k, siap
hantar.
3) marketing > sape2 yg nk jd buyer boleh letak komen
kt blog ni.. Mmg dialu2kan sgt2..
4) sape2 yg nk letak iklan kt blog aku ni pyah skit
aa… kurg2 kne byr aa skit aa..

sekian, tima kasih.

h1

GETTIN’ STARTED!!!

March 31, 2008

So, siapa-siapa yang berminat nak mulakan perniagaan akuakultur ini bolehlah menghubungi saya melalui weblog ini untuk membeli anak benih mahupun pallet makanan yang bercop HALAL dari JAKIM.

 Anak benih keli berharga antara 11-14 sen (RM0.11 – RM0.14) yang bersaiz 3 inci. Harga bergantung pada kuantiti anak benih yang di pesan.

Makanan pallet pula berharga antara RM1.50 – RM2.30 sekilo, bergantung pada jenis pallet (starter atau grower atau finisher)

h1

Keli dalam Kanvas

March 21, 2008

Buat masa ini, terdapat 4 cara yang lazim digunakan dalam bidang akuakultur untuk menternak ikan keli dan sebagainya. Bagi yang memiliki tanah sendiri, boleh lah menggunakan kaedah tradisional seperti mengorek tanah untuk dibuat kolam. Bagi yang berduit boleh juga membuat kolam simen. Kaedah ke-3 merupakan antara yang mahal iaitu menggunakn “poly-tank”. Bagi penulis sendiri, saya menggunakan kaedah ternakan dalam kanvas, walaupun agak mahal berbanding kolam simen dan murah dari poly-tank, tetapi saya berpuashati dengan cara ini.

 Untuk makanan pula, banyak cara boleh digunakan seperti memberi hasil buangan makanan atau pun perut ayam. Bagi penulis sendiri, bagi memastikan kualiti serta mengurangkan rasa ragu, saya menggunakan pallet ikan. Dengan kandungan protein yang tinggi, rasa ikan kali ini lebih manis serta kurang hanyir berbanding ikan-ikan keli yang diberi makan hasil sisa haiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang pallet ikan serta bagi yang berminat untuk membeli pallet boleh lah reply di blog ini.