Archive for March, 2008

h1

GETTIN’ STARTED!!!

March 31, 2008

So, siapa-siapa yang berminat nak mulakan perniagaan akuakultur ini bolehlah menghubungi saya melalui weblog ini untuk membeli anak benih mahupun pallet makanan yang bercop HALAL dari JAKIM.

 Anak benih keli berharga antara 11-14 sen (RM0.11 – RM0.14) yang bersaiz 3 inci. Harga bergantung pada kuantiti anak benih yang di pesan.

Makanan pallet pula berharga antara RM1.50 – RM2.30 sekilo, bergantung pada jenis pallet (starter atau grower atau finisher)

Advertisements
h1

Keli dalam Kanvas

March 21, 2008

Buat masa ini, terdapat 4 cara yang lazim digunakan dalam bidang akuakultur untuk menternak ikan keli dan sebagainya. Bagi yang memiliki tanah sendiri, boleh lah menggunakan kaedah tradisional seperti mengorek tanah untuk dibuat kolam. Bagi yang berduit boleh juga membuat kolam simen. Kaedah ke-3 merupakan antara yang mahal iaitu menggunakn “poly-tank”. Bagi penulis sendiri, saya menggunakan kaedah ternakan dalam kanvas, walaupun agak mahal berbanding kolam simen dan murah dari poly-tank, tetapi saya berpuashati dengan cara ini.

 Untuk makanan pula, banyak cara boleh digunakan seperti memberi hasil buangan makanan atau pun perut ayam. Bagi penulis sendiri, bagi memastikan kualiti serta mengurangkan rasa ragu, saya menggunakan pallet ikan. Dengan kandungan protein yang tinggi, rasa ikan kali ini lebih manis serta kurang hanyir berbanding ikan-ikan keli yang diberi makan hasil sisa haiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang pallet ikan serta bagi yang berminat untuk membeli pallet boleh lah reply di blog ini.

h1

Clarias batrachus

March 17, 2008

Blog ini diwujudkan sebenarnya bagi mereka yang meminati bidang akuakultur atau pun yang sedang mencari panduan untuk memulakan perniagaan akuakultur. Penulis adalah seorang pengusaha kolam akuakultur tetapi lebih menjurus kepada pemeliharaan ikan keli (Clarias batrachus ). Mungkin sesiapa yang ada sebarang pertanyaan untuk memulakan pemeliharaan ikan keli mahupun pendapat boleh lah kita bersama-sama menambah pengetahuan.  Terima kasih.Ikan keli (Clarias batrachus)

h1

Hello world!

March 16, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!